Tuesday, June 15, 2010

KURSUS SOLEKAN PROFFESIONAL (PRO CERTIFICATE)

SABAH: 11,12,13 DISEMBER 2010

KUALA LUMPUR: MARCH 2011


YURAN RM 1500


SILIBUS PEMBELAJARAN SEPANJANG 3 HARI



-Pengenalan kepada alatan makeup dan kegunaan serta cara memilih dengan betul. -Pengenalan kepada berus solekan yang penting untuk kegunaan solekan.

-Pengenalan kepada produk Kryolan serta produk-produk yang digunakan untuk Andaman.

-Cara menggunakan produk-produk dengan betul. -Pemilihan jenis wipe tissue yang betul untuk proses pembersihan muka sebelum solekan.

-Pengaplikasian moisturizer serta kepentingannya sebelum proses makeup.

-Pemakaian conceler wajah untuk menghilangkan cela2 dan masalah kulit dengan betul

-Mempelajari cara BLENDING foundation ( 3 jenis color yang berbeza) untuk mendapatkan warna yang bersesuaian dengan kulit.

-Teknik SHADING hidung untuk memancungkan hidung, SHADING tulang pipi untuk menaikkan tulang pipi seRta SHADING tulang rahang untuk meniruskan wajah.

-Pemilihan loose powder yang betul dengan warna kulit Asia serta pemakaian loose powder KRYOLAN dengan betul.

-Teknik membentuk kening menggunakan angle brush/ eyebrow pencil -Teknik pemakaian eyeshadow menggunakan teknik SOFT SOCKET.

-TEKNIK memakai bulu mata palsu dengan kemas dan pemilihan bulu mata palsu yang bersesuaian dengan majlis yang dihadiri.

-Teknik membesarkan mata yang sepet dengan solekan.

-Teknik memakai blusher dengan betul mengikut bentuk wajah.

-Pemilihan warna blusher yang tepat untuk solekan siang dan malam.

-Teknik mudah mengaplikasikan lipliner supaya kemas dan menampakkan bibir yang seksi.

-Pemilihan warna gincu yang sesuai dengan solekan yang dipilih.

-Teknik finishing makeup untuk menghasilkan solekan yang kemas dan tahan lama..

-Teknik solekan pengantin klassik

-Teknik solekan pengantin modern

-Perbezaan antara solekan siang dan malam- untuk majlis majlis.

-Teknik smokey eyes: penggunaan berus, warna dan aplikasi dengan betul untuk menghasilkan smokey eyes yang kemas dan tidak memberikan effect lebam pada mata.

-Teknik soft socket eyes: perbezaan nya dengan socket eyes dan kesesuaian penggunaannya.

-Teknik socket eyes: penghasilan socket eyes yang kemas dan kesesuaiannya dengan bentuk mata.

-Teknik ikatan tudung pengantin

-Teknik sanggul pengantin- pemakaiaan rambut palsu/bun dan penghasilan rambut pengantin mengikut kesesuaian.

-Cara-cara pemakaian bunga segar, cucuk sanggul dan juga selendang dengan betul. (Sesuai untuk majlis malam berinai ataupun untuk atur cara pengambilan gambar untuk baju-baju persalinan)

-Pemilihan veil dan layah yang sesuai dengan bentuk badan dan bentuk muka pengantin

-Cara memakai veil dan tiara dengan kemas dan betul.


SESI UJIAN PESERTA: Setiap peserta kursus DIWAJIBKAN menjalani ujian pemahaman dan kemahiran pada hari terakhir kursus. Setiap peserta akan diberi masa sekitar 3-4 jam untuk menyiapkan seorang model dari segi makeup, pakaian,rambut atau tudung. Setiap peserta akan dibekalkan dengan peralatan makeup oleh pihak academy dan WAJIB menggunakan peralatan yang dfiberikan untuk menyiapkan model masing-masing. Penilaian peserta akan dijalankan oleh pihak academi, tenaga pengajar serta makeup artis yang hadir. 80% markah adalah berdasarkan ujian solekan manakala 20% lagi adalah berdasarkan pembabitan peserta sepanjang kursus. Pada akhir kursus 3 peserta terbaik sepanjang kursus akan dipilih dan akan menerima HADIAH MISTERI dari pihak academy. ( THE POINT HERE IS: BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH SEMASA KELAS..INSYALLAH AKAN BERJAYA)


SESI PHOTOSHOT: Setiap peserta yang hadir untuk KURSUS PROFFESIONAL akan diberikan sekeping cd masing-masing yang mengandungi aktiviti dan portfolio pesertartersebut bermula dari hari pertama hingga tamat kursus. Cd tersebut boleh digunakan oleh peserta sebagai portfolio untuk masa akan datang.Selain itu juga sesi photoshot bersama model masing-masing akan dijalankan setelah tamat sesi ujian solekan pada hari terakhir.


SESI PENYAMPAIAN HADIAH DAN SIJIL: Sesi akan dijalankan setelah keputusan ujian diperoleh di akahir kursus. Peserta akan membawa pulang sijil kursus solekan Proffesional yang diiktiraf oleh pihak academy. * ( PERHATIAN: JADUAL KURSUS AKAN DIEDARKAN SEMASA SESI PENDAFTARAN PESERTA)